LEBIH CANTIK, LEBIH SELESA TERMINAL FERI ANTARABANGSA LABUAN
YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP dan YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan meninjau kerja-kerja menaik taraf Terminal Feri Antarabangsa Labuan pagi ini. Inisiatif ini dilaksanakan dalam usaha untuk meningkatkan kemudahan fasiliti pengguna dan pelancong. Ini sekaligus menambah baik pengalaman keseluruhan penumpang sama ada penduduk Labuan sendiri atau pelancong yang melalui pintu masuk ini ke pulau Labuan.