Utama »
Galeri Foto 2023
» TINJAUAN KETUA PENGARAH JWP KE KOLAM TAKUNGAN BOHOL
TINJAUAN KETUA PENGARAH JWP KE KOLAM TAKUNGAN BOHOL
15 November 2023
TINJAUAN KETUA PENGARAH JWP KE KOLAM TAKUNGAN BOHOL
YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah meluangkan masa bagi meninjau Projek Menaiktaraf Infrastruktur Kolam Takungan Bohol di Seputeh, Kuala Lumpur. Dato’ Indera KP turut disertai oleh YBrs. Tuan Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PP) serta wakil-wakil daripada DBKL, JPS WPKL dan PTGWPKL.
Penerangan ringkas telah diberikan oleh wakil pihak DBKL, JPS WPKL dan PTGWPKL berkenaan isu-isu yang dibangkitkan dan status terkini kolam takungan tersebut. Selain itu, melalui perbincangan yang diadakan, kerja-kerja pembersihan dan korek kelodak di kolam takungan akan dilaksanakan oleh pihak DBKL manakala kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur dilaksanakan oleh pihak JPS WPKL. Pihak JPS WPKL juga memaklumkan Projek Menaiktaraf Infrastruktur Kolam Takungan Bohol akan disegerakan seperti arahan YAB Perdana Menteri.