Utama »
Program Terkini
» SKIM PRIHATIN BERI MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN KEPADA WARIS AHLINYA
SKIM PRIHATIN BERI MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN KEPADA WARIS AHLINYA
15 November 2023
SKIM PRIHATIN BERI MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN KEPADA WARIS AHLINYA
YBhg. Dato' Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada tujuh orang penerima pada pagi ini. Seramai 55,761 orang telah berdaftar di bawah Skim Prihatin Yayasan Wilayah Persekutuan yang memberi manfaat khairat kematian kepada waris ahli-ahlinya. Skim yang ditadbir di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2010 lagi dan sehingga kini seramai 4,539 waris ahli telah menuntut Skim Prihatin.