Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2023


SESI LIBAT URUS PEMBASMIAN KEMISKINAN TEGAR WP DI PARLIMEN LEMBAH PANTAI DAN SEPUTEH

SESI LIBAT URUS PEMBASMIAN KEMISKINAN TEGAR WP DI PARLIMEN LEMBAH PANTAI DAN SEPUTEH
YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan mengiringi YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh menyampaikan bantuan dalam Sesi Libat Urus Pembasmian Kemiskinan Tegar WP 2023 pada pagi ini. Sesi kali ini telah diadakan di lokasi ke-3 iaitu Parlimen Lembah Pantai dan Seputeh bagi menyantuni peserta Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIR MT) di kedua-dua buah parlimen dengan sasaran menoktahkan kemiskinan tegar di Wilayah Persekutuan menjelang akhir tahun 2023.
Program pada pagi ini juga melibatkan semakan dan pengemaskinian data penerima bantuan di dalam sistem eKasih ICU dan juga penyelarasan bantuan daripada jabatan dan agensi pemberi bantuan seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan , Jabatan Kebajikan Masyarakat , MITRA dan Pertubuhan Keselamatan Sosial . Turut serta dalam program kali ini adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan GIATMARA Malaysia bagi menawarkan peluang pekerjaan dan latihan yang bersesuaian kepada para peserta. Peserta yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk membeli di Jualan Rahmah Kasih Sayang yang menawarkan pelbagai barangan dapur dengan harga murah.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP dan YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tag Artikel