Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2023


SUMBANGAN BANTUAN IHSAN JWP KEPADA MANGSA KEBAKARAN

SUMBANGAN BANTUAN IHSAN JWP KEPADA MANGSA KEBAKARAN
YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama-sama YBhg. Datuk Sr Haji Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBrs. Tuan Ramlee bin Yatim, Timb. Ketua Pengarah (PP) JWP menyampaikan bantuan ihsan dari Jabatan Wilayah Persekutuan kepada mangsa kebakaran Jalan Jinjang Permai, Jinjang Utara di Kompleks Sukan Seri Delima, Kuala Lumpur pagi ini.
Penyerahan bantuan ihsan berupa wang tunai serta barangan keperluan harian kepada empat keluarga yang terkesan dengan kebakaran pada 21 Oktober 2023 (Sabtu) lalu diharapkan dapat membantu meringankan beban keluarga yang terjejas akibat kehilangan harta benda. Insiden kebakaran tersebut telah mengakibatkan kemusnahan sepenuhnya empat buah rumah. Semoga dipermudahkan urusan keluarga-keluarga yang terlibat. Turut hadir di majlis penyampaian sumbangan, YB Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong dan YBhg. Datuk Azman bin Haji Abidin, SUPOL YAB Perdana Menteri.
Tag Artikel