Utama »
Galeri Foto 2023
» KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JWP KE MAIWP
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JWP KE MAIWP
19 Oktober 2023
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JWP KE MAIWP
YBhg. Dato Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini.
Intipati yang diwacanakan semasa kunjungan ini berkisar kepada kolaborasi strategik JWP dan MAIWP bagi memperkasa usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Wilayah Persekutuan. Selain itu, isu gelandangan turut diperhalusi meliputi pelbagai strategi holistik. Semoga kerjasama antara JWP dan MAIWP dapat diperkukuhkan bagi memberi manfaat kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan.