Utama »
Galeri Foto 2023
» TINJAUAN KE PUSAT TRANSIT GELANDANGAN KUALA LUMPUR
TINJAUAN KE PUSAT TRANSIT GELANDANGAN KUALA LUMPUR
16 Oktober 2023
TINJAUAN KE PUSAT TRANSIT GELANDANGAN KUALA LUMPUR
YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim , Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan meluangkan masa untuk meninjau Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur petang ini bersama YBrs. Tuan Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PP) JWP. YBhg. Dato’ Indera berkesempatan untuk melihat aktiviti kelas jahitan alteration yang diadakan untuk pembangunan kendiri gelandangan dan membantu mereka untuk menjana pendapatan sendiri. Seramai 12 orang peserta terlibat dalam program kelas jahitan alteration ini dengan dilengkapi 4 pelatih. Tempoh latihan diadakan selama 2 bulan dan 2 bulan seterusnya mereka akan dipantau perkembangannya.