Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2023


LAWATAN PROGRAM INISIATIF BASMI MISKIN TEGAR DI PA DESA REJANG, SETIAWANGSA


YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Dato' Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan meluangkan masa bagi melihat sendiri status projek-projek keusahawanan peserta Program Inisiatif Basmi Miskin Tegar (iBMT) di PA Desa Rejang pagi ini serta memantau isu atau permasalahan yg timbul di peringkat operasi agar tindakan segera dapat dilaksanakan bagi memastikan kelancaran program.
Seramai 34 peserta Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIR MT) terlibat bagi program iBMT di PA Desa Rejang dan 27 daripadanya masih aktif dengan projek keusahawanan masing-masing. Bagi sesi turun padang pagi ini, 5 orang Ketua Isi Rumah telah disantuni termasuk lawatan sampingan ke trak MYGrocer@Wilayah di lokasi sama dan juga lot-lot kedai yang dirancang untuk bertindak sebagai central kitchen bagi Selera@Wilayah.
Tag Artikel