Program Kebun Komuniti KK4 di Wilayah Persekutuan Putrajaya ini bertujuan bagi mengoptimumkan penggunaan tanah yang terhad atau ruang persekitaran dengan lebih mampan.
Kebun Komuniti 4 Putrajaya, KK4 Presint 14 Putrajaya memfokuskan tanaman tembikai wangi sebagai tanaman utama. KK4 yang mempunyai keluasan 609 meter persegi itu kini diusahakan puluhan penduduk.
Usaha ini tidak hanya memberi manfaat kepada kesihatan malah dapat menjana pendapatan sampingan apabila masing-masing mula mengamalkan pertanian bandar di kawasan kediaman.