Taman Tugu mula dibuka pada tahun 2019 berkeluasan 66 hektar dan telah diberi Pengiktirafan Khas antarabangsa oleh International Large Urban Parks Awards 2020.
Menempatkan 1,000 pokok sedia ada termasuk spesis tempatan seperti Jelutong, Tembusu, Pulai dan Gaharu yang berukuran lebih 1 meter dan berusia 100 tahun.
Pokok-pokok diperolehi daripada tapak-tapak semaian tempatan merangkumi sejumlah 1,000 pohon pokok yang dikategorikan sebagai "Terancam" atau "Terancam Kritikal" oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Semula Jadi Antarabangsa (IUCN) seperti spesies Keruing, Meranti dan Mersawa.
Hasil daripada usaha ini, tapak tersebut akhirnya mempunyai lebih daripada 200 pokok setiap ekar - serupa dengan hutan hujan sebenar.