Kedai coklat terbesar di Lembah Klang, Souq Shoppe @ Putra Mosque. Kedai seluas 11,000 meter persegi itu bukan sahaja menawarkan pelbagai coklat jenama tempatan dan antarabangsa tetapi memberi pengunjung peluang bergambar dalam alam fantasi dengan reka cipta dalaman yang dilengkapi lampu warna-warni dan struktur klasik.