Flamingo merupakan antara tarikan utama pengunjung ke Flamingo Pond di Taman Wetland Putrajaya.
Keindahan dan kehijauan Taman Wetland telah berjaya menarik minat burung-burung penghijrah untuk datang ke sini. Sejumlah lebih 59 spesis burung penghijrah dan 200 spesis burung tempatan berkembang biak di Taman Wetland sepanjang tahun termasuk flamingo.