Beroperasi sejak 30 Ogos 2003, Cruise Tasik Putrajaya memberikan kelainan perspektif untuk pengunjung melihat Putrajaya dari sudut pandangan yang berbeza.
Tasik buatan seluas 650 hektar yang terletak di tengah-tengah pusat pentadbiran negara menjadi ikon keunikan Putrajaya sebagai bandar moden yang dikelilingi alam semula jadi.