Pengunjung boleh menikmati keindahan seni bina Morocco atau Maghribi ini dibina pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada 2004. Di dalam Astaka Morocco, terdapat binaan replika istana Morocco yang dihasilkan dengan penuh ketelitian dan dindingnya dihiasi dengan motif ukiran yang indah termasuklah ayat Al-Quran.
Seni bina replika Astana Morocco itu serupa yang terdapat di Marrakesh. Dibina atas pertukaran budaya antara Malaysia dan Maghribi. Susunan mozek corak geometri yang berwarna-warni dan ukiran ayat Al-Quran dan nama Allah melatari seni bina di sini.