Terletak di Presint 11, Putrajaya, Taman Saujana Hijau ini mempunyai keluasan tanah sebesar 47 hektar dan mula dibuka pada tahun 2007. Jumlah pokok besar yang ada di sini adalah 17,590 batang pokok.
Taman Saujana Hijau dibuka setiap hari seawal jam 7 pagi hingga 7 petang dan tidak mengenakan sebarang bayaran masuk.
Terdapat 3 bustan (taman) yang berbeza dibina pada setiap bahagian / bukit yang ada di taman ini iaitu Bustan Inggris, Bustan Oriental dan Bustan Eropah.