Merinding Trail merupakan satu-satunya single trail yang menarik bagi peminat sukan berbasikal MTB yang mahukan aktiviti lasak di Labuan.
Lokasi utama aktiviti sukan lasak di Labuan dengan keadaan permukaan jalan bukit yang berakar dan mencabar. Laluan sepanjang 5.3km ini memakan masa selama 1 jam 30 minit untuk aktiviti mendaki.