Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 


PULAU RUSUKAN BESAR / PULAU RUSUKAN KECIL / BETING PASIR, PULAU KURAMAN

Ikon unik: Geopark

Pulau Kuraman yang berkeluasan 1.47km² (363 ekar), adalah yang terbesar di Taman Laut Labuan. Lidah Pasir Pulau Kuraman berusia sekitar 35 Juta Tahun dimana ia terbentuk apabila terdapat arus susur pantai yang membawa beban sedimen berpasir. Sedimen pasir sepanjang 700 meter tersebut akan dimendapkan di bahagian hujung pantai atau pulau membentuk beting atau permatang memanjang dan bengkok di bahagian hujungnya akibat tindakan angin dan ombak.

Pulau Rusukan Besar yang berkeluasan 0.12km² (30 ekar), merupakan pulau kedua terbesar daripada tiga pulau yang terletak dalam sempadan Taman Laut Labuan.

Ia dikelilingi oleh air laut yang berwarna biru kehijauan dan jernih ini mempunyai salah satu geotapak yang telah diiktiraf iaitu Tessellated Pavement yang dapat dilihat semasa air surut. Ia terbentuk akibat tindakan daya tektonik pada masa lampau.

Pulau Rusukan Kecil yang merupakan salah satu Biotapak Labuan, terletak di antara Pulau Rusukan Besar dan Pulau Kuraman.

Pada saiz 0.03km² (7 ekar), Pulau Rusukan Kecil adalah yang terkecil daripada tiga pulau terpencil yang terletak di dalam Taman Laut Labuan.

Keindahan pulau yang kaya dengan flora dan fauna dan perairan yang bersih memberikan pengalaman yang cukup luar biasa kepada pengunjung.


Tag Artikel
  • Tiada tag artikel