Pulau seluas lebih kurang 11 hektar ini terletak kira-kira 5 km dari Pulau Labuan. Pulau yang terkenal dengan sejarah rumah api yang pertama dibina sekitar tahun 1895 dan menjadi isyarat kepada kapal-kapal dagang yang berlabuh di pelabuhan Victoria.
Pada ketika itu, rumah api tersebut adalah yang paling terang sehingga mampu dilihat sejauh 13 kilometer.
Selepas perang dunia kedua tentera British telah menjadikan pulau ini sebagai pulau tahanan sementera tentera Jepun. Salah satu bangunan tahanan tersebut masih ada di pulau ini.