Dataran Labuan siap dibina pada 18 April 1995 dikenali sebagai tempat penganjuran perarakan, acara penutupan sambutan Hari Wilayah Persekutuan, pelbagai aktiviti sukan serta sambutan tahun baharu dan Hari Kebangsaan.
Keluasan Dataran Labuan adalah sekitar 5 hektar dan sering menjadi tarikan pengunjung pada bulan Ramadhan untuk berbuka puasa gaya open space bersama keluarga.