Bamboo Playhouse di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur dibina antara tahun 2013-2015. Rekaan oleh seorang arkitek wanita Malaysia iaitu Eleena Jamil. Pavilion buluh di taman botani ini terdiri daripada 31 platform.
Struktur yang menggunakan buluh sebagai tema diinspirasikan oleh wakaf-wakaf di kampung dalam pembinaan Bamboo Playhouse ini.
Projek ini tersenarai di dalam shortlist bagi World Architecture Festival pada tahun 2015.