Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 


PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR

Tempat Ilmiah

Perpustakaan Kuala Lumpur bermula dengan penubuhan Pustaka Bimbingan Kanak-Kanak pada tahun 1977 di Jalan Tun Razak. Pada tahun 1981, sebuah lagi cawangan telah dibuka di Taman Tun Dr. Ismail, kedua-dua perpustakaan ini ditubuhkan khas untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Bangunan baharu pula siap dibina pada tahun 1989. Pustaka Peringatan Kuala Lumpur mula dibuka pada 29 Mac 1989 sebagai sebuah perpustakaan awam dan mini muzium sejarah Kuala Lumpur untuk warga kota. Ia kemudiannya ditukar nama kepada Perpustakaan Kuala Lumpur pada tahun 2000 untuk memperlihatkan peranan sebuah perpustakaan. Kini, Perpustakaan Kuala Lumpur merupakan perpustakaan utama di Kuala Lumpur.

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel