Masjid Wilayah Persekutuan adalah salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur. Seni bina masjid ini adalah berdasarkan lukisan semula Masjid Othman yang penuh dengan sejarah kegemilangan pada kurun ke-16. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.
Masjid Wilayah Persekutuan telah dibina antara 1997-2000 dan dirasmikan pada 25 Okt 2000 dengan keluasan 47,000 meter persegi.Secara keseluruhannya terdapat 22 buah kubah di masjid ini. Sebuah halaman terbuka yang dinamakan Laman Hidayah dibina di tengah-tengah bangunan.