Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 


BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Tempat Bersejarah

Salah satu mercu tanda terkenal di Kuala Lumpur. Ia dibina antara tahun 1894 dan 1897 di lokasi deretan bekas rumah kedai yang menghadap ke ladang.

Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada detik 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957. Bendera Malaysia dinaikkan.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri seni bina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam melalui 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini.

Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel