PUSAT PENJAJA SEKITAR KL KINI CERIA, SELESA DAN LEBIH VIBRANT
30 Ogos 2023
YBrs Tuan Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) Jabatan Wilayah Persekutuan meluangkan masa untuk turun meninjau beberapa pusat penjaja dan medan selera sekitar KL pagi tadi. Antaranya, Pusat Penjaja Sri Permaisuri, Kompleks Tun Sambathan, Medan Selera Tanglin, Pusat Penjaja Wirawati, Medan Selera D’Rejang, Gerai Berkunci Lorong Raja Bot dan Pusat Penjaja Jalan Tengku Abdul Rahman.
Lokasi-lokasi pusat penjaja ini terdiri daripada para peniaga dari pelbagai kaum. Kerja-kerja melibatkan naik taraf kemudahan infrastruktur dan fasiliti ke tahap yang lebih baik untuk keselesaan penjaja dan kesemua pengunjung tak kira warganegara ataupun pelancong. JWP dan DBKL sentiasa komited dalam memastikan kerja-kerja naik taraf dilaksanakan mengikut perancangan dan jadual.