Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2023


Loji Rawatan Kumbahan Serantau Bunus, Kuala Lumpur dan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau, Batu, Jinjang Kepong, Kuala Lumpur

YBrs. Tuan Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) Jabatan Wilayah Persekutuan mengadakan lawatan turun padang bagi memantau dua projek di bawah River of Life KL iaitu di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Bunus, Kuala Lumpur dan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau, Batu, Jinjang Kepong, Kuala Lumpur pada 4 Julai 2023. Kedua-dua projek ini adalah di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) selaku agensi pelaksana.

Antara objektif lawatan ini adalah bagi mengetahui status semasa dan masalah-masalah yang berbangkit di tapak, perancangan dan penambahbaikan untuk masa hadapan dan juga sebagai salah satu medium untuk perkongsian ilmu.

Loji Rawatan Kumbahan Serantau Bunus yang terletak di Titiwangsa, Kuala Lumpur, beroperasi di atas tanah seluas 71,970 m² menggunakan Sistem Sequential Batch Reactor (SBR) yang mempunyai kapasiti sehingga 750,000PE (maksimum) dengan mematuhi keperluan standard Jabatan Alam Sekitar (DOE) iaitu Modified Standard A. Loji ini siap sepenuhnya pada tahun 2017 dan telah diserahkan kepada Indah Water Konsortium Berhad (IWK) pada Mac 2018.

Manakala Loji Rawatan Kumbahan Serantau, Batu, Jinjang Kepong, Kuala Lumpur yang masih dalam pembinaan, menggunapakai Sistem Anoxic Oxic + Membrane Bio Reactor (AO+MBR) mempunyai kapasiti sehingga 750,000PE (kapasiti maksimum 1,000,000PE sehingga tahun 2035).

#MalaysiaMADANI

Tag Artikel