Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2023


Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana

YBrs. Encik Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) JWP telah meluangkan masa melawat kemudahan tersedia untuk gelandangan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana, Pusat Transit Gelandangan Anjung Kembara, Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit dan Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku hari ini.
Beliau juga telah menyantuni gelandangan yang hadir dalam sesi agihan makanan yang dilaksanakan oleh NGO Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab Kuala Lumpur dan Need to Feed the Need (NFN) yang telah menyumbangkan 500 pek makanan berkhasiat kepada gelandangan dan komuniti yang memerlukan bantuan makanan.
Mana-mana pihak yang berminat untuk membuat agihan makan boleh menghubungi pihak DBKL di talian 012-2419029 untuk mendapatkan slot agihan agar tiada pembaziran makanan di jalanan berlaku. Sama-sama kita bagitahu kawan-kawan NGO okay 🤗🤗
Tag Artikel