Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2023


TINJAUAN KEMAJUAN KERJA NAIK TARAF & BAIK PULIH OLEH TKP (PP) JWP

YBrs. Tuan Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan) Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) hari ini telah mengadakan lawatan turun padang (TUPA) di beberapa lokasi iaitu Kompleks Makan Tanglin, Akademi SPRM, Kolam Takungan Banjir Sungai Midah Dan Kolam Takungan Banjir Sri Johor pada 25 Mei 2023. Turut hadir, wakil DBKL, PPTG WPKL, JPS WPKL dan JKR WPKL.
Lawatan TUPA kali ini merupakan tindakan susulan yang diambil untuk melihat kemajuan kerja-kerja baikpulih yang sedang dilaksanakan oleh pihak agensi.
Lokasi pertama adalah di Kompleks Makan Tanglin, dimana projek menaiktaraf Kompleks Makan Tanglin sedang dilaksanakan. Pada masa ini, proses naiktaraf adalah di peringkat Fasa 1 daripada tiga fasa yang dicadangkan.
Lokasi kedua adalah di Akademi SPRM, dimana berlakunya runtuhan tanah pada 25 April 2023. Tindakan kerja-kerja membaikpulih dan pemantauan sedang dijalankan oleh pihak JKR WPKL. Pihak JKR telah memasang sensor kawalan bagi memantau aktiviti pergerakan tanah di kawasan kejadian supaya tindakan segera dapat diambil sekiranya berlaku pergerakan tanah di Kawasan kejadian.
Lokasi ketiga dan keempat adalah di Kolam Takungan Banjir Sungai Midah dan Kolam Takungan Banjir Sri Johor, Cheras, Kuala Lumpur.
Lawatan ini bertujuan bagi melihat keadaan semasa kolam takungan untuk tujuan pewartaan oleh pihak PTG WPKL. Pewartaan ini penting dilaksanakan supaya kolam takungan ini dikekalkan dan dapat mengurangkan risiko banjir di Kuala Lumpur.
Tag Artikel
  • Tiada tag artikel