Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2023


PROGRAM JUALAN AGRO RAHMAH

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim , Perdana Menteri Malaysia hadir menyempurnakan Pelancaran Program Jualan Agro Rahmah bersama YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBhg. Dato' TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya di Bazar Ramadan Putrajaya, Presint 3. Putrajaya merupakan lokasi projek rintis bagi program ini dan akan diperluaskan sebagai projek rintis di setiap negeri yang pelaksanaannya akan diperhalusi oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Agensi yang terlibat. Program Jualan Agro Rahmah merupakan usaha dalam membantu golongan B40 dan miskin bandar dalam mengurangkan beban kos sara hidup dengan menghubungkan rakyat secara langsung kepada petani dan peladang bagi mendapatkan bekalan makanan pada harga jualan terus dari ladang.

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel