YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Dewan De’Seri Endon PUSPANITAPURI pagi tadi. YAB PM berharap agar kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dapat menganjurkan tazkirah singkat waktu Zohor sepanjang Ramadan. Beliau juga menekankan bahawa semangat berpasukan, tadbir urus dan imej baik penjawat awam dapat menjamin masa depan Malaysia yang lebih cerah.