KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan meluangkan masa berangkat ke Monumen Chimney, Tanjung Kubong, Labuan petang tadi.
Pada lawatan itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menyantuni dan bertanya khabar pengunjung yang hadir ke pusat pelancongan tersebut.