YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan meluangkan masa bagi menyempurnakan penyerahan kit Ramadan dari KESWIP dan PUSPANITA JWP kepada seluruh warga JWP melalui wakil-wakil bahagian pada pagi ini. YBhg. Datuk Seri turut mengambil peluang untuk memberi sumbangan dari Surau Al-Ehsan JWP kepada semua pembantu operasi dan pemandu sekaligus mengukir senyuman di wajah penerima.