Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2023


Periksa Kawasan Kejadian Tanah Runtuh

YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, TKP PSE JWP hari ini telah mengadakan lawatan turun padang (TUPA) di Jalan Palimbayan, Kampung Sungai Penchala, Segambut bagi meninjau keadaan semasa tanah/cerun yang terlibat dengan kejadian bencana tanah/cerun runtuh pada bulan Disember 2021. Turut hadir adalah wakil daripada DBKL dan IKRAM.
Penerangan ringkas telah diberikan oleh pihak DBKL berkenaan kerja-kerja pembaikan cerun di bawah seliaan DBKL yang telah dilaksanakan. Pihak IKRAM turut menjelaskan berkenaan status terkini keselamatan tanah/cerun di kawasan tersebut untuk terus diduduki oleh para penduduk. Ini berikutan adanya permintaan penduduk terkesan untuk kembali menduduki rumah kediaman masing-masing.
YBhg. Datuk Seri juga dimaklumkan terdapat kesan-kesan baharu pergerakan tanah di beberapa bahagian kawasan cerun. Ini menunjukkan risiko kemungkinan berulangnya kejadian tanah runtuh di situ dan perkara ini perlu dijelaskan kepada semua penduduk terlibat agar tindakan sewajarnya dapat dilakukan.
Pihak DBKL akan terus melaksanakan kerja-kerja pemantauan dan pembaikan tanah runtuh tersebut sehinggalah satu ketetapan baharu dibuat oleh pihak berkuasa berkenaan.
Tag Artikel
  • Tiada tag artikel