Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2023


Tunggu Sukarelawan WP Datang Bantu

YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama ketua-ketua agensi telah menyempurnakan sesi Flag Off bagi Misi Bantuan Pasca Bencana Siri 1 di Segamat Johor pada 8 - 10 Mac 2023. JWP selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL) telah memulakan perjalanan ke Segamat, Johor sebagai tanda perpaduan dalam memberikan bantuan pasca bencana merangkumi aktiviti pembersihan rumah mangsa, infrastruktur awam, bangunan-bangunan yang terjejas banjir dan kawasan-kawasan sekitar di Segamat.
Bagi menyertai misi ini, KESWIP dan PUSPANITA telah menghantar seramai 10 sukarelawan siri 1 bagi mewakili JWP untuk bersama-sama turun padang bagi memastikan inisiatif bantuan pasca bencana ini dapat direalisasikan dengan jayanya.
Doakan keselamatan dan perjalanan pergi dan pulang pasukan sukarelawan ini.
Tag Artikel
  • Tiada tag artikel