Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2023


Lawatan Turun Padang (TUPA) Di Jalan Genting Klang (Taman Bunga Raya)

YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan pada hari ini telah mengadakan lawatan turun padang (TUPA) sebagai langkah berterusan kesiapsiagaan dalam memastikan kejadian banjir kilat dan air bertakung di Wilayah Persekutuan dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Lokasi pemantauan adalah di Jalan Genting Klang (Taman Bunga Raya). DSKP turut disertai oleh YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, TKP PSE JWP serta wakil-wakil daripada DBKL, PDRM, APM, BOMBA, SWCorp dan Alam Flora.
Pelbagai usaha mitigasi telah dilaksanakan oleh pihak DBKL antaranya membina opening pada longkang pipe culvert crossing di median, menaiktaraf kerb outlet sediada kepada cut off drain (scupper drain) di kawasan bersesuaian, memantau kapasiti parit induk semasa hujan lebat dan memastikan air tidak melimpah keluar agar masalah banjir di lokasi ini dapat diatasi sebaiknya.
Selain itu, satu perbincangan antara pihak DBKL, DUKE dan TAR UMT akan dilaksanakan dalam masa terdekat berkaitan dengan on-site detention (OSD) dan penambahbaikan terhadap dead end drain sedia ada agar kejadian banjir dapat ditangani sepenuhnya di masa akan datang.
Tag Artikel