Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2023


Wilayah Persekutuan Siap Siaga

YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan turun padang (TUPA) petang semalam sebagai langkah berterusan kesiapsiagaan dalam memastikan kejadian banjir kilat dan air bertakung di Wilayah Persekutuan dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Lokasi pemantauan adalah di Lebuhraya Sungai Besi (Berdekatan Susur Keluar Dari Lebuhraya Bukit Jalil), Seputeh. TUPA ini turut disertai oleh Dato’ Parang Abai @ Thomas, TKP PSE JWP serta wakil-wakil daripada DBKL, PDRM, APM, BOMBA, SWCorp dan Alam Flora.
Pelbagai usaha mitigasi telah dilaksanakan oleh pihak DBKL antaranya membaikpulih longkang v-shape sedia ada, menambah bukaan laluan air ke longkang, membina longkang tambahan di hadapan Petronas bagi membolehkan air mengalir terus ke Sungai Midah. Bagi memastikan bencana ini tidak berulang, perbincangan lanjut turut akan dilaksanakan bersama pihak Projek Langat 2 dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah banjir di lokasi ini.
Tag Artikel
  • Tiada tag artikel