Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2023


Terowong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibah

YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, TKP PSE JWP hari ini telah mengadakan lawatan turun padang (TUPA) sebagai langkah berterusan kesiapsiagaan dalam memastikan kejadian banjir kilat dan air bertakung di Wilayah Persekutuan dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Pemantauan pada kali ini dibuat di Terowong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibah. Turut hadir adalah wakil daripada DBKL, PDRM, APM, BOMBA, SWCorp dan Alam Flora.

Pihak DBKL telah memasang pam berkapasiti yang sesuai di sump takungan sedia ada untuk menyalurkan air ke saliran tebatan banjir berdekatan dengan lebih cepat dan lancar. Selain itu, pihak DBKL juga merancang untuk membina on side detention pond (OSD) di kawasan berkenaan sebagai langkah mitigasi tambahan agar kejadian banjir kilat dan air bertakung dapat ditangani sepenuhnya di masa hadapan.

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel