YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, TKSU PSE KWP mengadakan lawatan turun padang (TUPA) petang tadi sebagai kesiapsiagaan menghadapi banjir kilat di Wilayah Persekutuan. Pemantauan di lokasi hotspot banjir kilat melibatkan (1) Jalan Sultan Azlan Shah (Hadapan Balai Polis Batu 3) dan (2) Jalan Rahmat, Jalan Sultan Azlan Shah yang turut disertai wakil daripada DBKL, PDRM, APM, BOMBA, SWCorp dan Alam Flora.