Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 


PULAU RUSUKAN BESAR

Merupakan salah satu pulau yang semakin terkenal dan menarik perhatian pengunjung tempatan dan luar. Mengambil kira-kira 40 minit untuk tiba dari Pulau Labuan ke Pulau Rusukan Besar. Pengunjung boleh memilih sama ada ingin pulang balik atau bermalam di sebuah chalet yang ditawarkan di pulau ini.

Pulau yang dikelilingi oleh air laut yang berwarna biru kehijauan dan jernih ini mempunyai salah satu geotapak yang telah diiktiraf iaitu Tessellated Pavement yang dapat dilihat sekiranya air surut sewaktu berkunjung ke pulau ini di mana ianya terbentuk akibat daripada tindakan daya tektonik pada masa lampau.
 
Lidah Pasir di Pulau Kuraman yang mempunyai panjang sekitar 700m yang terbentuk melalui hakisan pada tebing pulau akibat pukulan ombak dapat dilihat dengan menggunakan mata kasar sendiri sewaktu melalui perjalanan pergi dan balik dari Pulau Rusukan Besar ke jeti Labuan Marina.

Pulau ini mengenakan caj masuk sebanyak RM10 bagi warga tempatan dan RM30 bagi warga asing. Caj ini adalah di bawah Jabatan Perikanan untuk masuk ke Pulau Taman Marin Malaysia. Pakej yang sering disediakan bersekali dengan bot pengangkutan, jamuan serta aktiviti.

Antara aktiviti yang ditawarkan di pulau ini adalah seperti Kayak Transparent, Hardcore Canoe, ATV Ride, Guided Snorkeling dan Island Hopping.

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel