Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 


LABUAN GEOPARK

Tapak Geopark terbahagi kepada 3 jenis iaitu Tapak Geologi (Tapak Geologi yang menceritakan kejadian geologi Pulau Labuan 15-35 juta tahun lampau), Tapak Biologi (Flora dan Fauna Kepulauan Labuan) dan Tapak Budaya (Lokasi-lokasi budaya dan sejarah Labuan yang merangkumi sejarah, amalan, struktur dan makanan). 16 geopark yang disenaraikan di dalam Labuan Geopark :

  1. Batu Pasir Belait Tanjung Kubong
  2. Batu Pasir Belait Tanjung Batu
  3. Lanskap Hakisan Pantai Tanjung Layang Layangan
  4. Batuan Sedimen Temburong Bebuloh Darat
  5. Batuan Penakung Minyak Ganggarak
  6. Lidah Pasir Pulau Kuraman
  7. Pulau Rusukan Besar
  8. Bekas Lombong Batu Arang Lubok Temiang
  9. Batu Kapur Terumbu Pulau Burong
  10. Permatang Jurus Labuan
  11. Enapan Pesisir Simpang Sweetman
  12. Fosil Surih Tanjung Punei
  13. Gerbang Laut Tanjung Layang-layangan
  14. Tafoni Tanjung Batu
  15. Pantai Berbatu Tanjung Kubong
  16. Lapisan Silang Tanjung Layang-layangan

Batuan Sedimen Temburong Bebuloh Darat berusia sekitar 35 juta tahun mempunyai batuan sedimen endapan laut yang sangat dalam mungkin melebihi 2000 meter kedalaman yang diwakili oleh susunan lapisan batu lumpur merah hingga kelabu gelap ditindih oleh selang lapis antara batu lodak hingga batu pasir kasar yang berketebalan sederhana. Geotapak ini juga mempamerkan banyak fosil surih iaitu kesan aktiviti organisma yang hidup di dasar laut dalam sekitar 30 juta tahun lampau. Kewujudan kepelbagaian fosil surih berawetan sangat baik serta jujukan lapisan batuan turbidit enapan laut dalam yang sangat sempurna menjadikan tapak ini bernilai warisan saintifik yang sangat tinggi.

Batuan Penakung Minyak Ganggarak berusia sekitar 15 juta tahun mempunyai kewujudan dedahan batuan penakung minyak (reservoir) yang masih mengandung kesan takungan serta bau minyak yang tertiris keluar. Di sini satu-satunya lokaliti kita boleh melihat dan menyentuh batuan penakung minyak yang lazimnya pada masa ini wujud beberapa ribuan kaki di dasar laut sekitar Labuan.

Lidah Pasir Pulau Kuraman berusia sekitar 35 Juta Tahun dimana ia terbentuk apabila terdapat arus susur pantai yang membawa beban sedimen berpasir. Sedimen pasir tersebut akan dimendapkan di bahagian hujung pantai atau pulau membentuk beting atau permatang memanjang dan bengkok di bahagian hujungnya akibat tindakan angin dan ombak.

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel