Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 


TAMAN PUTRA PERDANA

Taman Putra Perdana adalah merupakan salah satu taman metropolitan yang dibina di atas kawasan berbukit dan tinggi serta mempunyai keluasan 154 ekar di Putrajaya.  Taman ini menawarkan pemandangan panorama yang indah ke arah Putrajaya, kawasan landskap dan pokok-pokok yang hijau dan berbunga dan kemudahan awam untuk pengunjung beriadah serta berekreasi bersama keluarga dan teman-teman. Ianya merupakan monumen yang dibina setelah upacara pecah tanah dilakukan pada 29 Ogos 1995. Monumen Mercu Tanda ini berbentuk piramid setinggi 20 meter adalah tarikan utama sedia ada yang terdapat di Taman Putra Perdana.

Pembinaan Tangga Putrajaya merupakan komponen ikonik dan produk pelancongan baru yang mendapat inspirasi dan idea dari beberapa tangga ikonik dunia seperti Spanish Steps di Itali, Potemkins Stairs di Ukraine dan tidak kurang juga tangga Batu Caves di Selangor.

Tangga Putrajaya ini diilhamkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia ia itu Yang Berhormat Tan Sri Annuar Musa yang pada ketika itu merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan pembinaannya adalah bersempena dengan 25 tahun Sambutan Jubli Perak Putrajaya. Kerja-kerja pembinaannya bermula pada 12 Mei 2021 dan siap sepenuhnya pada 15 Januari 2022.
Tangga ini berfungsi sebagai produk pelancongan dan rekreasi yang baru di Putrajaya, menawarkan pengunjung untuk melakukan aktiviti bersukan, beriadah dan berekreasi secara santai di sepanjang binaan tangga itu serta menikmati pemandangan bandar Putrajaya yang indah dari puncak Taman Putra Perdana tersebut.

Projek Tangga Putrajaya ini diuruskan dan diketuai oleh beberapa Arkitek Landskap yang berpengalaman dalam bidang seni bina landskap dari Jabatan Landskap dan Taman, Perbadanan Putrajaya dan juga pihak perunding, Denai Ilham Sdn. Bhd. yang bekerjasama untuk menghasilkan konsep tangga yang dapat memberi impak kepada Putrajaya dan memperincikan setiap elemen reka bentuk, bahan binaan, warna, corak dan kemasan permukaan tangga, pilihan tanaman dan pokok-pokok hiasan yang menyerlahkan lagi persekitaran landskap sedia ada. Pasukan ini juga dibantu dari segi teknikal oleh pihak jurutera, juru ukur bahan dan hortikulturis bagi melengkapkan lagi pembinaannya hingga siap sepenuhnya.

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel