Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 


PANTAI FLORIA

Pantai Floria dan Sisiran Floria yang terletak di kawasan Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya telah dibuka secara rasminya kepada pengunjung dan pelawat yang datang ke Putrajaya pada 1 Mac 2022. Kemudahan ini akan beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang pada setiap hari.

Kemudahan yang terletak di Presint 4 Putrajaya ini adalah tarikan terbaru untuk rekreasi air di Putrajaya. Antara komponen utama di sini adalah Pantai Floria iaitu pantai buatan (Sandy Beach) sepanjang 100 meter dengan keluasan 600 meter persegi, tapak berkelah untuk pengunjung meluangkan masa bersama ahli keluarga, tapak memancing sepanjang 150 meter panjang dan juga kemudahan rekreasi di air yang terdiri dari kayak dan juga bot kawalan jauh (RC boat) turut disediakan di sini  dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Kedudukan Pantai Floria dan Sisiran Floria yang berhampiran dengan kemudahan permulaan Pit Stop laluan basikal di Putrajaya, lokasi yang mudah diakses, kemudahan letak kenderaan yang luas dan panorama kawasan yang menarik sudah tentunya akan menjadi lokasi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar Putrajaya untuk beriadah dan bersantai bersama ahli keluarga dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di sini.

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel