Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 


GLAMPING @WETLAND PUTRAJAYA

Perbadanan Putrajaya sedang rancak merancang penganjuran pelbagai aktiviti serta menaiktaraf kemudahan sedia ada bagi menyambut kedatangan pelancong selaras dengan hasrat menjadikan Putrajaya sebagai Bandar Rekreasi selain daripada Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.  Perkara ini diumumkan oleh YAB Tan Sri TPr. Annuar bin Haji Musa, Menteri Wilayah Persekutuan semasa sesi Walkabout Putrajaya pada 13 Mac 2021 yang lalu. Salah satunya projek Glamping @Wetland yang akan dibangunkan di Taman Wetland Putrajaya.

Glamping merupakan trend melancong terkini di Malaysia menawarkan perkhidmatan menginap atau bermalam dalam khemah tanpa mengenepikan aspek-aspek keselesaan dan keselamatan.  Glamping telah mengubah persepsi lapuk mengenai aktiviti perkhemahan dengan suasana tipikal seperti khemah tanpa alas, unggun api dan kelengkapan yang serba sederhana dan konvensional serta kesukaran mendapatkan bekalan makanan, tempat mandi dan tandas yang selesa. Sebaliknya glamping atau glamorous camping hadir dalam pakej yang santai dan fun serta kelengkapan khemah termasuk permaidani, kipas/pendingin hawa, hammock, spring bed dan tilam yang selesa sepertimana konsep Gopeng Glamping Park di Gopeng, Perak.

Glamping @Wetland Putrajaya atau GL@W yang dirancangkan secara bersepadu turut menyediakan tapak caravan atau motorhome. GL@W bersedia untuk menerima tempahan pengguna yang terawal pada sukuan ketiga iaitu pada pada bulan September 2021 dan telah beroperasi sepenuhnya pada bulan DIsember 2021. GL@W menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti rekreasi termasuk kolam memancing, petting zoo, taman permainan kanak-kanak, Wetland Ninja, Pusat Interpretif Taman Wetland, All-Terrain Vehicle (ATV), aktiviti meneroka kawasan wetland menikmati keindahan flora dan fauna alam sama ada dengan menaiki tram, berbasikal atau berjalan kaki secara santai, memerhati burung peliharaan di Kolam Flamingo dan Swan Lake. Bagi anak-anak bandar bolehlah juga merasa pengalaman bermain lumpur di sini.

Lokasinya yang strategik serta fasiliti kemudahsampaian yang baik turut memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi Taman Botani yang hanya terletak kira-kira 3.5km dari tapak GL@W. Bagi yang gemarkan aktiviti air, bolehlah berkayak atau menyewa paddle boat di Pusat Rekreasi Air yang hanya 3.1km sahaja jaraknya. Pada waktu malam pula, penginap boleh mencuba night trail yang pastinya menawarkan pengalaman yang berbeza berjalan dalam kawasan wetland ditemani bunyian unggas dan kehadiran haiwan malam yang aktif.  Jika bernasib baik, boleh terserempak dengan burung hantu dan pelbagai spesies amfibia. Bagi yang sukakan filem atau drama, bolehlah mononton wayang pacak. Buat anak-anak, bagi mengisi masa senggang sebelum tidur, pelbagai board games turut disediakan.

Projek GL@W dibangunkan dalam dua fasa.  Fasa pertama atau fasa quick win dengan sasaran penyiapan selama 6 bulan akan memberi tumpuan kepada keperluan asas bagi permulaan operasi seperti penyediaan tapak glamping, perolehan khemah, penyiapan kolam serta pelepasan ikan untuk memancing, petting zoo, penyediaan trek ATV, papan tanda informasi dan keperluan lampu yang mencukupi. Manakala bagi fasa sederhana yang akan dilaksanakan dalam tahun 2022 dan 2023, selain menyiapkan kelengkapan petting zoo serta tambahan infrastruktur bagi kawasan perkhemahan dan caravan, turut akan dibangunkan ialah komponen struktur flying fox merentasi sel wetland dan tree house.

Diharapkan pembangunan Glamping @Wetland akan dapat merealisasi percutian sekeluarga dalam suasana yang selesa. Seumpama bercuti di kawasan hutan bandar, padat dengan pilihan aktiviti rekreasi yang santai dan menghiburkan.

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel