Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 


TAMAN TASIK TITIWANGSA

Taman Tasik Titiwangsa yang dibuka semula pada 15 Disember 2019 selepas ditutup sejak September 2018. Titiwangsa merupakan taman keempat terbesar di dalam Kuala Lumpur dengan keluasan keseluruhan sebanyak 114 ekar, selepas Tmn Metropolitan Kepong (313 ekar), Tmn Botani Perdana (173 ekar) dan Tmn Tasik Permaisuri (122 ekar). Kerja-kerja penambahbaikan dan pengindahan Taman Tasik Titiwangsa ini adalah sebahagian daripada projek-projek ‘River of Life' Fasa 2 yang terdiri dari 4 pakej.

Laluan berwarna merah untuk penggunaan basikal sepanjang 2.55 km kini disediakan bagi penggunaan basikal persendirian sahaja. Laluan berwarna kelabu untuk pejalan kaki mahupun berjogging dinaiktaraf di dalam dan di sekeliling taman. Jumlah panjang 4.65 km. ‘WOW! Factor' utama ialah Kanopi Banjaran Titiwangsa atau ‘Banjaran Canopy Walkway' sepanjang 60 meter, dengan semburan kabus / ‘mist' dan sungai buatan. Semburan kabus dibuka tiap-tiap hari pada pukul 7 pagi hingga 9 pagi dan 6 petang hingga 8 malam. Laman Kerawang ‘Maze Garden' berdasarkan corak kerawang sulaman ini menampilkan tanaman pagar ‘murraya paniculate' atau pokok kemuning dengan ketinggian 1.2 meter. Dicelah-celah pokok kemuning ini terdapat 16 ekor rama-rama berlampu LED yang menjadi lebih menarik pada waktu malam hari.

Taman Air Kanak-kanak ‘Children's Waterplay' di paras buku lali yang dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan Jumaat apabila ia ditutup untuk pembersihan dan penyelenggaraan. Taman Permainan Kanak-kanak untuk dua peringkat umur, dengan buaian ‘bucket seat' dan ‘basket swing' yang boleh digunakan oleh anak-anak kurang upaya. Sistem pengudaraan tasik iaitu air pancutan (water-jet fountain) setinggi 100m (300 kaki) atau 30 tingkat bangunan. Taman ini juga menggunakan rekabentuk ‘Universal Design' / ‘Inclusivity Design'.  Kemudahan-kemudahan lain sedia ada seperti astaka, turut dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada warga kota. Jadikanlah Taman Tasik Titiwangsa ini sebagai lokasi wajib dilawati Bersama keluarga anda.

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel