Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 


RIVER OF LIFE (ROL)

Untuk menyambung semula bandar, sungai dan penduduknya, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melancarkan projek River of Life pada 2012 yang merupakan mercu tarikan pelancongan baru di Kuala Lumpur. Tersenarai dalam 10 daerah persisir sungai yang terbaik di dunia oleh Independent, sebuah portal berita dalam talian dalam United Kingdom. Projek sungai nadi kehidupan berjaya mengubah landskap Sungai Klang dan Sungai Gombak sebagai pusat tumpuan pelancong.

Matlamat projek adalah untuk membawa masyarakat kembali ke sungai dengan menyediakan laluan-laluan di sepanjang tebing sungai supaya pengunjung boleh bersiar-siar dan berbasikal dengan mudah sambil menikmati pemandangan. Landskap yang subur, Kolam Biru, lukisan mural, laluan pejalan kaki yang luas, jambatan pejalan kaki yang baru, gazebo, ruang tempat duduk dan berjumpa sambil beriadah juga dibina untuk menyediakan ruang yang luas untuk penduduk tempatan dan pengunjung untuk menikmati bahagian tebing sungai Kuala Lumpur dan kawasan sekitar yang pernah terputus hubungan dan diasingkan.

Aktiviti berbasikal boleh dilakukan melalui 7 kawasan ROL bermula di Dataran DBKL menyusuri ke Medan Tiong Nam, PWTC, Jalan Ipoh, Kolam Biru, Plaza Batik Masjid Jamek, Menara Pandang dan berakhir semula di Dataran DBKL. Dengan projek River of Life, sungai dalam bandaraya KL yang dulunya kotor, sudah mula berwajah baru. Kawasan sekitar Masjid Jamek sudah ada landskap, mural dan juga lampu biru bila waktu malam. Kawasan yang dulunya cuma tempat pejalan kaki sekarang sudah berpokok hijau. Landskap kawasan ini sekarang sudah ceria. Dan berjalan dari stesen LRT Masjid Jamek menyusuri sungai, kemudian naik ke jambatan pertama di KL, bergerak ke belakang Sultan Abdul Samad adalah pengalaman cukup berbeza dibandingkan pada tahun 90an. Kalau anda tidur kat hotel sekitar Masjid Jamek, anda boleh berjalan kaki pada waktu pagi ataupun malam di sini. Anda boleh menikmati sendiri perbezaan yang dibuat pada kawasan sungai di sini.

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel