KUNJUNGAN HORMAT DEWAN USAHAWAN INDUSTRI DESA MALAYSIA KE KWP
YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan menerima Kunjungan Hormat dari Dewan Usahawan Industri Desa Malaysia di Menara Seri Wilayah pagi ini. Kunjungan tersebut yang diwakili oleh Setiausaha Agung bersama Jawatankuasa Agung (Wilayah Persekutuan) dan jawatankuasa terlibat hadir untuk membincangkan dan menjana perkongsian idea bagi sosioekonomi usahawan, peniaga dan penjaja di WP Kuala Lumpur.