Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2023


PENIAGA MEDAN SELERA TERIMA 8 NOTIS AMARAN

PENIAGA MEDAN SELERA TERIMA 8 NOTIS AMARAN


Satu Operasi Pematuhan Penggunaan Produk Biodegradasi Dan Kebersihan Premis Makanan telah diadakan pada hari ini melibatkan seramai 36 anggota daripada Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan. Objektif operasi adalah bagi meninjau pematuhan penggunaan produk biodegradasi, aspek pelesenan dan keselamatan dan kualiti makanan di premis makanan sekitar Medan Selera RASA, Alamanda, Presint 1, Putrajaya. Sebanyak 16 premis telah diperiksa oleh Bahagian Pelesenan untuk memastikan Penggunaan Produk Biodegradasi bagi tujuan pembungkusan makanan dipatuhi oleh pemegang lesen perniagaan di Putrajaya. Produk biodegradasi yang dibenarkan hanyalah dari jenis biodegradable dan compostable dan telah mendapat pengiktirafan SIRIM ECO 001:2018 dan SIRIM ECO 009:2019. Daripada jumlah berkenaan, terdapat 8 notis amaran telah dikeluarkan terhadap pemegang lesen dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WP Putrajaya) 2016 kerana gagal memastikan makanan untuk jualan dibungkus menggunakan bekas/bahan yang dibenarkan oleh Perbadanan. Sebanyak 4 premis telah diperiksa dan diberikan penarafan gred oleh Bahagian Kesihatan Persekitaran, PPj. Daripada jumlah berkenaan 3 premis diberikan penarafan Gred A dan 1 premis pula telah diberi Gred B. Diseru kepada semua peniaga-peniaga terutamanya premis makanan, jagalah kebersihan premis anda.

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel