Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MEMPERKUKUH SEKURITI BEKALAN AIR LABUAN 💧

Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) memberi perhatian terhadap usaha memperkukuh sekuriti bekalan air di Labuan menerusi Mesyuarat Mengenai Bekalan Air di Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan sempena lawatan kerja Ketua Pengarah JWP ke Labuan. Mesyuarat memberi tumpuan kepada pemulihan empat Loji Rawatan Air (LRA), penambahbaikan infrastruktur, pengurangan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) serta perancangan pembangunan sumber air baharu berkapasiti tambahan 35 juta liter sehari (MLD). Perancangan menyeluruh ini penting bagi meningkatkan kecekapan sistem bekalan air, memastikan kelangsungan sumber air serta memenuhi keperluan penduduk dan pembangunan ekonomi Labuan.