Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PROGRAM PERTANIAN BANDAR: PERKASA KEBUN KOMUNITI KUALA LUMPUR 🌱

Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) terus memperkukuh agenda pertanian bandar melalui pemantauan Program Pertanian Bandar (Kebun Komuniti) di lima (5) lokasi sekitar Kuala Lumpur yang melibatkan institusi pendidikan dan kawasan perumahan. Lawatan ini memberi tumpuan kepada kemajuan pembangunan kebun, kemudahan yang disediakan serta penglibatan komuniti dalam mengoptimumkan ruang bandar sebagai kawasan pengeluaran makanan dan aktiviti kemasyarakatan.

Lebih daripada sekadar kebun, inisiatif ini menjadi platform untuk memperkukuh keterjaminan makanan, menyemai budaya hidup sihat serta mewujudkan persekitaran bandar yang lebih hijau, inklusif dan mampan. Pelaksanaan Program Pertanian Bandar turut menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDGs), khususnya SDG 2, SDG 3, SDG 11, SDG 13 dan SDG 17 melalui penglibatan aktif kerajaan, institusi pendidikan, komuniti, PBT dan rakan strategik.

Turut diadakan sesi mesyuarat pemantauan dan penyelarasan yang dipengerusikan oleh Dato’ Mohd Zulkifli bin Hashim, Timbalan Pengarah Sosio Ekonomi, bagi membincangkan dapatan lawatan tapak serta menyelaras tindakan susulan. Usaha ini mencerminkan komitmen JWP dalam memastikan pelaksanaan Program Pertanian Bandar terus diperkasa demi keterjaminan makanan, kelestarian bandar dan kesejahteraan komuniti.