Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


๐Ÿ—๏ธ TINJAUAN TIGA PROJEK PEMBANGUNAN STRATEGIK DI WP PUTRAJAYA

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, telah mengadakan lawatan kerja ke tiga projek pembangunan strategik di Putrajaya bagi meninjau kemajuan semasa dan menyelaras gerak kerja agar setiap projek dapat disiapkan mengikut jadual yang dirancang. Lawatan dimulakan dengan Projek Cadangan Pembangunan Quran Village dan Masjid di Presint 14 yang turut disertai oleh YBhg. Datoโ€™ Ahmad Suhaimi bin Endut, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri. Lawatan kemudiannya diteruskan ke Projek Pembinaan Kompleks Kejiranan Presint 18 serta Projek Pemuliharaan Jambatan Gantung Monorel yang bakal memberi nilai tambah kepada kemudahan komuniti dan memperkukuh tarikan pelancongan di Putrajaya. Ketiga-tiga projek ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Wilayah Persekutuan bersama Perbadanan Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi berkaitan dalam memperkasakan pembangunan Wilayah Persekutuan demi kesejahteraan rakyat serta mewujudkan persekitaran bandar yang moden, kondusif dan berdaya huni. Turut hadir, YBhg. Datoโ€™ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya dan agensi-agensi berkaitan.