Majlis Perasmian GAMMA Asian MMA Championship 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, yang mewakili YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Global Association of Mixed Martial Arts (GAMMA) dengan kerjasama Malaysia Mixed Martial Arts Association (MASMMA) bagi menghimpunkan atlet seni bela diri campuran dari seluruh Asia.
Turut hadir ialah YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, YBrs. Encik Tommy Paulus Hermawan, Presiden Global Association of Mixed Martial Arts (GAMMA), YBrs. Dr. Alvin, Presiden Malaysia Mixed Martial Arts Association (MASMMA), wakil Majlis Olimpik Malaysia, barisan pegawai GAMMA serta jemputan yang hadir.